PRN Melaka: petugas SPR berdepan tugas getir

0
346

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilantik bagi mengendali dan menguruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini mengharapkan tiada kluster baharu COVID-19 pada PRN kali ini.

Seorang daripada mereka, Azhar Mohd Jamil, 50, berkata sebagai petugas yang dilantik SPR dia mengakui amat mencabar kerana situasi negeri dan negara yang masih berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, jika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu tiada wabak penyakit seperti itu, namun kali ini ia amat berbeza termasuk perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Justeru, pada masa sama kami perlu melakukan tanggungjawab dengan amanah, jujur dan fokus termasuk memastikan persekitaran yang selamat.

“Lebih penting, kami perlu berhati-hati, berintegriti dan berusaha memastikan hari pengundian berjalan dengan lancar, teratur dan sistematik sama ada di dalam mahupun di luar tempat pengundian,” katanya, memetik laporan BH, hari ini.

Bagi Azlan Ja’far, 40, mereka juga seperti barisan hadapan yang lain untuk memantau dan memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang hari pengundian.

“Pendekatan mesra, namun tegas menjalankan tanggungjawab menjadi keutamaan pada masa sama perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan,” kata jurutera awam yang akan bertugas di pusat pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Rogaya Abd Rahman, 50, pula berkata ini adalah kali kedua dia menjalankan tugas terbabit selepas pernah bertugas pada PRU-14 lalu.

“Kali ini saya dilantik sebagai pembantu pilihan raya (pentadbiran) dan ia (PRN) jauh berbeza daripada PRU-14 kerana situasi pandemik ketika ini.

“Walaupun berdepan risiko jangkitan wabak COVID-19, namun amanah perlu digalas dengan cekap kerana ia bakti kepada masyarakat dan negara,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here