Tiada siapa akan dilindungi, terlepas dari undang-undang: Hishammuddin

0
445

“SAYA tidak akan sesekali berkrompromi dalam soal jenayah dan kezaliman,” kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein 

Hishamuddin berkata demikian ketika meluahkan kesedihan terhadap kes kematian Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu yang dianggap sebagai cukup mendukacitakan.

Tegasnya, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, beliau telah mengarahkan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) untuk menggantung segera 32 Pegawai Kadet serta nilai semula sistem latihan dan pengurusan di ALK.

“Saya juga jamin tiada siapa akan dilindungi dan terlepas dari undang-undang,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Hishammuddin berkata, keadilan yang ditegakkan semalam adalah pengajaran buat semua terutamanya warga UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hishammuddin lawat keluarga Allahyarham beberapa hari selepas kejadian pada tahun 2017

“Semalam keadilan ditegakkan yang mana pesalah telah dijatuhi hukuman.

“Ini pengajaran dan peringatan buat semua terutama warga UPNM dan ATM supaya tidak ulangi perbuatan keji ini,” tegas beliau yang turut berkongsi gambar ketika beliau melawat keluarga Allahyarham Zulfarhan pada 2017.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Kes bunuh Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM dihukum penjara 18 tahun

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam bekas penuntut UPNM selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh ke atas Zulfahran empat tahun lalu.

Dalam pada itu, keenam-enam mereka bersama 12 lagi turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here