[VIDEO] Kes bunuh Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM dihukum penjara 18 tahun

0
344

ENAM bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung sampai mati setelah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran didapati bersalah menyebabkan kecedaraan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Dalam pada itu, keenam-enam mereka bersama 12 lagi turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Dua belas bekas penuntut berkenaan adalah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri dan Muhammad Sufi Mohd Mustapha.

Selain itu adalah Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mendapati Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem bersalah atas tuduhan Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Baca berita berkaitan:

Pada 30 September lalu, mahkamah selesai mendengar kesemua hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan.—SB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here