Positif Covid-19, Shahrulezad henti penggambaran Khilaf Asmara

0
283

Oleh SatuBerita

MENGESAHKAN dirinya kini positif Covid-19, pengarah Shahrul Ezad Mohameddin meminta orang ramai yang ada berhubung rapat dengannya agar melakukan ujian kendiri untuk mengelakkan penularan wabak berkenaan.

“Perhatian untuk semua yang ada berhubungan dengan abam (abang) tiga empat hari kebelakangan ini, sila buat ujian di klinik berhampiran.

“Abang dah call semua orang, cuma takut ada contact rapat yang tertinggal untuk diberitahu. Sorry menyusahkan semua orang,” kata Shahrulezad.

Disebabkan hal berkenaan, dia terpaksa menghentikan penggambaran drama Klilaf Asmara yang dibintangi oleh Fasha Sandha, Fattah Amin dan Nelydia Senrose memandangkan beberapa orang kakitangan produksi miliknya juga positif.

“Dengan ini secara rasminya, produksi Khilaf Asmara akan dihentikan buat sementara waktu untuk proses kuarantin memandangkan terdapat beberapa orang pekerja yang positif termasuklah saya.

“Sesiapa yang ada berhubungan dengan pekerja, kru atau artis Radiusone digesa untuk melakukan ujian calitan segera,” tulis Shahrulezad dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

Dedah pengarah ini lagi, jangkitan berkenaan bermula daripada seorang pekerjanya yang dikesan tidak sihat pada minggu lalu.

Penyebaran virus berlaku apabila pekerja berkenaan masih bekerja seperti biasa selepas ujian kendiri yang dilakukan menunjukkan keputusan negatif.

Bagaimanapun, selepas melakukan ujian calitan PCR, keputusannya adalah positif dan telah pun menjangkiti pekerja lain.

“Saya pada awalnya negatif, tiba-tiba rasa tidak sedap badan bermula semalam. Selepas makan ubat demam masih begitu juga.Hari ini sebelum masuk ke pejabat dan turun ke set penggambaran, lakukan sekali lagi ujian calitan.

“Alhamdulillah saya rupa-rupanya positif. Sekarang semua pekerja Radiusone tengah beratur depan klinik buat ujian calitan sekali lagi, takut kalau virus ini semakin merebak,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here