Kes bunuh Zulfarhan: kami dah penat ulang alik mahkamah

0
663

IBU dan bapa kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.28 pagi tadi.

Zulkarnain Idros yang ditemani isterinya Hawa Osman sempat berkata sesuatu kepada media sebelum memasuki bangunan mahkamah.

Mereka berdua mengenakan baju sama yang tertera perkataan antaranya “#justice4farhan”.

Ketika ditanya pemberita, mereka berkata hanya mahukan pembelaan terhadap kematian anak mereka Zulfarhan Osman.

Saya ada buat sembahyang hajat dan sepanjang perjalanan saya baca surah Yasin.

“Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan Allah makbulkan doa kami supaya Allahyarham Zulfarhan Osman mendapat pembelaan yang sewajarnya,” kata ibu arwah, Hawa Osman.

Bapa Allahyarham, Zulkarnain pula berkata kes anaknya yang berlanjutan sehingga empat tahun membuatkannya mengalami sakit jantung kerana terlalu penat.

“Selama empat tahun saya ulang alik mahkamah. Kemudian dua tahun lalu saya mengalami sakit jantung oleh kerana terlampau penat,” ujarnya.

Nasib 18 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui hari ini sama ada mereka didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi pada Selasa.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here