Jumlah pekerja asing bagi sektor yang memerlukan masih diteliti

0
398

KERAJAAN masih meneliti mengenai jumlah pekerja asing yang akan diluluskan bagi sektor-sektor dibenar menggaji pekerja berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kementerian dan agensi-agensi berkaitan sedang melaksanakan analisis terperinci mengenai perkara itu.

“Ini bagi memastikan kerajaan mempunyai hala tuju strategik dalam mencapai keseimbangan antara ekonomi dan kesihatan ketika negara masih berusaha memerangi COVID-19,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai sektor yang dibenarkan menerima kemasukan pekerja asing baharu dan jumlah pekerja asing yang akan diluluskan bagi setiap sektor.

Hamzah berkata, Jawatankuasa Khas Pandemik COVID-19 yang dipengerusi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Oktober lepas bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia bagi semua sektor yang dibenarkan, dengan perladangan menjadi sektor pertama yang mendapat kelulusan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here