[VIDEO] Kerjasama PAS, PN beri imej positif politik Melayu-Islam

0
536

KEPUTUSAN penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) oleh PAS tentunya akan menampakkan bentuk kerjasama yang lebih padu dalam kalangan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekali gus menarik pengundi.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, langkah yang diambil PAS itu akan membuatkan taktikal PN lebih kuat dan tersusun.

“Dalam konteks ini, perlu diingat PAS mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di peringkat negeri atau kawasan-kawasan tertentu.

“Kedudukan PAS tidak banyak berubah dari segi penggunaan logo samaada menggunakan logo PAS atau PN kerana PAS sudah tentunya mempunyai sokongan akar umbi yang banyak dan dominasi politik Melayu Islam sudah tentu kecenderungan untuk memilih PAS dalam elemen-elemen kepentingan ummah dan pembangunan ummah,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Mengulas lanjut, Nirwandy berkata, jika tiada pertindihan (antara UMNO dan PN) ia akan memberikan imej positif kepada parti politik Melayu-Islam.

“Sekiranya pertindihan pertandingan di kalangan parti-parti Melayu-Islam ini berlaku, maka ia akan tunjukkan kekuatan sokongan terhadap parti-parti Melayu-Islam yang bertanding.

“Jika tiada pertindihan, sebenarnya tidak ada isu besar dalam penggunaan logo-logo dalam Pilihanraya kerana mereka (pengundi) sudah tentunya akan memilih berdasarkan dominasi politik umat Islam,” ujarnya.

Terdahulu, PAS membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN pada PRN Melaka, sekali gus menolak syarat yang ditetapkan UMNO supaya parti itu menggunakan lambang parti sendiri.

Baca berita berkaitan: PAS guna lambang Perikatan Nasional di PRN Melaka

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan lambang itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, pada Isnin. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here