Banjir di Kedah – satu lagi PPS dibuka di Kota Setar

0
354

SATU lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Setar, Kedah berikutan pertambahan jumlah mangsa banjir yang terus meningkat kepada 416 orang daripada 113 keluarga, malam tadi.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Hikmah di Kota Setar itu menempatkan seramai 55 mangsa daripada 13 keluarga yang terjejas akibat banjir di kawasan itu.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata ia menjadikan jumlah PPS di daerah ini adalah tiga.

dua lagi PPS ialah di SK Langgar dan PPS SK Suka Menanti yang menempatkan mangsa seramai 166 mangsa daripada 48 keluarga setakat, jam 12 tengah malam tadi.

Mohd Muaz berkata, PPS SK Langgar mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 79 mangsa daripada 23 keluarga berbanding 77 mangsa daripada 22 keluarga yang dilaporkan pada jam 8 malam tadi.

“PPS SK Suka Menanti pula mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 32 mangsa daripada 12 keluarga berbanding, 16 mangsa daripada enam keluarga sebelum ini.

“PPS di daerah Pendang iaitu di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat seramai 228 mangsa daripada 57 keluarga berbanding 222 daripada 56 keluarga pada jam 8 malam tadi,” katanya.

Sementara itu, di PPS Surau Permatang di daerah Pokok Sena masih kekal seramai 22 orang daripada lapan keluarga.

Mohd Muaz berkata, pemantauan akan dilakukan secara berterusan di kawasan yang terjejas banjir. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here