PRN Melaka: SOP tidak diubah hanya desakan pihak tertentu

0
336

KERAJAAN tidak akan mengubah prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19, khususnya membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hanya kerana didesak pihak tertentu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata semua pihak, khususnya ahli dan parti politik perlu akur dengan SOP ditetapkan bagi memastikan risiko penularan kes COVID-19 dapat dikawal.

“Berkaitan SOP PRN Melaka, kita ada dasar dan strategi kawalan wabak menerusi SOP ditetapkan. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah SOP disebabkan permintaan pihak tertentu.

“Apabila kerajaan menetapkan SOP, kita tidak boleh kata perkara tertentu (yang bertentangan SOP berkenaan) boleh dilaksanakan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) yang bertanya mengapa SOP diumumkan untuk PRN Melaka terlalu ketat sedangkan negeri itu sudah berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Melaka, termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang mulai 25 Oktober hingga 27 November ini.

Keputusan menimbulkan bantahan parti politik termasuk UMNO dan DAP yang mahu ia dipinda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here