Teruja dapat bertemu Abah

0
454

TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini meneruskan sentuhan mesra ‘Abah’ dengan menyantuni para pengunjung Gerai Prihatin Rakyat di Felda Tun Ghaffar Hutan Percha dan Taman BandarBaru Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu secara santai turut bersama-sama membantu para petugas untuk menjual barang-barang makanan keperluan pada harga yang amat berpatutan.

Pada kedua-dua lokasi itu, beliau juga ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman;  Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Bagi seorang pengunjung Gerai Prihatin Rakyat, Amran Lip, 39, dia benar-benar terkejut apabila mendapati dirinya telah disapa oleh Tan Sri Muhyiddin semasa tiba ke gerai pandu lalu barangan keperluan berkenaan.

MOHD ZAKARIA ZABIDI

“Saya pada mulanya tidak perasan tapi semasa Abah (Tan Sri Muhyiddin) memberi salam, saya benar-benar terkejut.

“Memang saya teruja sebab selama ini kita hanya dapat melihat Abah di televisyen semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, tidak sangka dapat berjumpa di depan mata,” katanya.

Sementara itu, bagi seorang suri rumah, Ruziah Abd. Latif, tidak pernah terdetik baginya rezeki untuk dapat menemui sendiri Tan Sri Muhyiddin.

“Alhamdulillah, saya syukur dapat bertemu dengan Abah, selama ini pun banyak bantuan yang kita dapat adalah atas jasa Abah,” katanya.

AMRAN LIP

Dalam pada itu, kata seorang lagi pengunjung, Mohd. Zabidi Zakaria, 43, beliau tidak menjangkakan kenderaan-kenderaan yang berpusu-pusu di Gerai Prihatin Rakyat telah membawanya dapat bertemu Tan Sri Muhyiddin.

“Kalau boleh bersalaman, sudah lama saya nak bersalam dengan Abah tetapi dapat berjumpa sudah cukup membuat saya gembira,” katanya.

Program Gerai Prihatin Rakyat yang telah dimulakan sejak bulan Jun lalu merupakan satu inisiatif mengurangkan beban rakyat dengan menawarkan jualan harga barangan makanan keperluan pada harga yang amat berpatutan.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here