8 terbunuh dalam letupan di Yaman

0
247

LAPAN orang dilaporkan terbunuh dalam satu letupan yang menggegarkan bandar Aden di selatan Yaman pada petang Sabtu (waktu tempatan).

Letupan berlaku berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Aden, menyebabkan 11 yang lain cedera.

Serangan sebelum ini didakwa didalangi sekutu tempatan Al-Qaida dan kumpulan pengganas.

Pemberontak Houthi yang disokong Iran juga didakwa menyasarkan bandar itu dengan peluru berpandu balistik dan dron.

Aden telah menjadi kerusi kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sejak pemberontak Houthi yang disokong Iran mengambil alih ibu kota, Sanaa, pada 2014 yang mencetuskan perang saudara Yaman.

Pakatan tentera pimpinan Arab Saudi memulakan operasi ketenteraan ke atas pemberontak Houthi pada Mac 2015.

Operasi ini turut disokong oleh Amerika Syarikat.

Walaupun kempen udara dan darat dilakukan tanpa henti, perang yang berlaku telah menemui jalan buntu, dan mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk dunia di Yaman.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here