Bajet 2022: RM500 untuk kakitangan masjid, guru takmir dan KAFA

0
352

KERAJAAN mengumumkan pemberian khas sekali bayar RM500 kepada kakitangan masjid, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seluruh negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemberian khas itu akan memberi manfaat kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut guru takmir dan guru KAFA.

Secara keseluruhan, katanya, sejumlah RM1.5 bilion diperuntuk bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Bajet 2022.

“Kerajaan turut merancang membina sebuah Sekolah Menengah Agama di Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kos keseluruhan RM65 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 hari ini.

Tengku Zafrul berkata, skop pengajaran takmir di bawah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan turut diperluas kepada agensi kerajaan lain.

Agensi berkenaan seperti Jabatan Penjara, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menambah 1,000 guru takmir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here