Bajet 2022: Kerajaan teruskan bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil

0
258

KERAJAAN bersetuju untuk meneruskan bantuan musim tengkujuh bagi membantu meringankan beban sara hidup lebih lebih 320,000 pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM190 juta.

“Kerajaan juga akan memberikan perlindungan takaful kepada semua ahli peladang PPK seluruh Malaysia di bawah Skim Perlindungan Takaful Smart Card Peladang dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Selanjutnya, bagi menyokong industri kelapa sawit, Kerajaan memperuntukkan 35 juta ringgit bagi melaksanakan Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan RM20 juta untuk kempen anti-minyak sawit di peringkat antarabangsa,” kata beliau ketika membentangkan bajet 2022 di Parlimen pada Jumaat. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here