PM ucap tahniah ulang tahun ke-50 FPDA

0
303

PERDANAN Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata ulang tahun itu bukan sahaja menandakan satu lagi pencapaian buat FPDA, malah membuka lembaran baharu yang lebih mencabar dalam mencapai matlamat bersama.

“Hubungan yang telah terjalin selama 50 tahun ini haruslah dipelihara dan diperkukuhkan bagi menghadapi cabaran-cabaran di masa akan datang,” katanya.

FPDA adalah hubungan pertahanan melalui persetujuan berbilang hala antara lima negara iaitu United Kingdom, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata beliau menerima kunjungan hormat secara maya daripada menteri-menteri pertahanan FPDA.

Turut sama menerima kunjungan hormat secara maya adalah Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. 

 Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi moderator pada kunjungan hormat yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Australia Peter Dutton, Menteri Pertahanan New Zealand Penni Henare dan Menteri Angkatan Tentera United Kingdom, James Heappey. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here