[VIDEO] Tak cukup duit nak beli kek untuk ibu

0
604

TIDAK dapat dinafikan, setiap orang mempunyai nasib yang berlainan, ada yang dilahirkan senang dan sebaliknya namun ianya bukan penghalang untuk kita membantu satu sama lain tanpa mengira latar belakang seseorang.

Menerusi perkongsian tiktok hanaliciouscake, dapat dilihat seorang pemuda yang didapati menunggu dan memerhati di hadapan kaunter di sebuah kedai kek di Kuala Terengganu, Terengganu kerana tidak cukup duit untuk membeli kek kegemarannya.

“Dia seorang sahaja ketika itu, lama dia memerhati kek itu  daripada saya mula memilih makanan sehinggalah saya duduk,” katanya kepada SatuBerita dengan sebak kerana mengenangkan kejadian itu.  

Bagaimanapun, pemilik tiktok tersebut, Nor Rusyidah Md Rashid, 31, dan suaminya  menghulurkan sedikit wang demi membantu pemuda tersebut mendapatkan kek kegemarannya.

“Saya dan suami terdengar bualan lelaki itu dengan juruwang yang menyatakan bahawa dia tidak membawa wang yang mencukupi,

“Jadi suami saya hulurkan 10 ringgit kepada lelaki tu kerana dia berniat untuk membeli kek yang berharga rm 13 tetapi hanya mempunyai rm 3.” katanya.

Rusyidah juga berkata alangkah gembiranya pemuda tersebut apabila diberi wang untuk membeli kek kegemarannya.

Apa yang lagi menyentuh hati adalah apabila pemuda tersebut menyatakan bahawa niat dia membeli kek tersebut adalah untuk berkongsi kek itu bersama ibunya di rumah.

Rusyidah juga sempat menekankan bahawa niat dia merakam kejadian tersebut adalah demi memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Kalau kita nak tolong orang, tak perlu lah tahu latar belakangnya macam mana, buruk ke jahat kalau kita rasa nak bantu kita bantu je” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here