[VIDEO] Selain Kim Seon Ho, 5 bintang Korea terpalit kontroversi ketika di puncak

0
1276

SEJAK beberapa hari lalu nama Kim Seon Ho panas selepas bekas teman wanitanya mendedahkan yang dia dipaksa menggugurkan kandungan oleh pelakon berkenaan.

Perkara tersebut menangkap perhatian umum memandangkan Seon Ho disifatkan sebagai seorang lelaki yang gentleman, berbudi bahasa dan mempunyai karisma sehingga menarik perhatian umum setiap kali muncul dengan drama baharu.

Impak daripada kes berkenaan, beberapa iklan yang memaparkan wajahnya sudah dipadamkan selain dia digugurkan dalam beberapa filem akan datang. Semuanya hilang sekelip mata!

Sebenarnya bukan Kim Seon Ho sahaja yang mengalami ‘malapetaka” begini. Beberapa nama besar yang lain juga pernah tersungkur angkara diri sendiri.


Seungri dipenjara 3 tahun

Begitu masyhur menganggotai kumpulan BigBang, siapa sangka nasib yang menimpa Seungri cukup tragis apabila dipenjara tiga tahun atas kesalahan pelacuran dan perjudian.

Skandal kelab malam Burning Sun di Seoul benar-benar menggemparkan peminat di seluruh dunia pada 2019. Dia mengatur tawaran seksual kepada pelabur asing dengan cara bersekongkol bersama rakan perniagaan untuk mengaut keuntungan.

Selain hukuman penjara, dia juga didenda sebanyak 1.15 bilion won (RM4.1 juta) atas kesalahannya itu memandangkan hakim berpendapat dia tidak insaf dan terus meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Ji Soo digugurkan angkara buli

Nama Ji Soo bukan satu nama yang asing bagi peminat drama Korea. Wajahnya sering kali menghiasi beberapa drama popular termasuklah Strong Girl- Bong Soon.

Namun semuanya berubah apabila ada rakan sekolahnya mendedahkan yang pelakon berkenaan merupakan kaki buli semasa zaman persekolahan sekitar tahun 2006 hingga 2008.

Impak daripada pendedahan tersebut, Ji Soo terpaksa memohon maaf dan mengakui segala kesilapan. Dia yang ketika itu sedang membintangi drama River Where The Moon Rises didesak berundur meskipun penggambaran sedang berlangsung.

Bekal dadah kepada tunang

Pelakon dan penyanyi Park Yoochun tidak pernah surut daripada kontroversi apabila terpalit dengan kes dadah pada tahun 2019 setelah didakwa membekalkan dadah kepada wanita berkenaan.

Semua itu terbongkar apabila satu video tular apabila dia mengambil satu paket bungkusan dipercayai dadah dan melalukan transaksi kepada pengedar berkenaan. Hasil daripada ujian yang dilakukan, dia didapati positif dadah methamphetamine.

Kes ini juga merupakan rantaian daripada kes kelab malam Burning Sun yang melibatkan Seungri.

Jun Joon Yong bersalah merogol

Didapati bersalah kerana kesalahan rogol dan mengedarkan video seks, bekas anggota FT Island ini dipenjara selama enam tahun atas kesalahan tersebut.

Dia didapati bersalah oleh mahkamah bukan sahaja merogol tetapi merakamkan adegan seks tersebut tanpa kerelaan dan berkongsi video berkenaan tanpa keizinan mangsa.

Video berkenaan dikongsikan dalam kumpulan sembang di telefon bimbit yang turut di anggotai oleh beberapa artis popular Korea Selatan.

Mahkamah menolak dakwaannya yang mengatakan mereka melakukan perkara tersebut secara sukarela memandangkan wanita yang menjadi mangsa berkenan berada dalam keadaan mabuk.

Gangguan seksual dan kekerasan

Kalau sudah mabuk, apa pun boleh jadi. Ini juga nasib yang dialami oleh pelakon Lee Seo Won apabila dituduh melakukan gangguan seksual dan kekerasan terhadap seorang wanita pada Mei 2018.

Semuanya bermula apabila dia cuba mencium wanita berkenaan namun ditolak. Sudahnya dia menyerang artis berkenaan kerana insiden tersebut.

Namanya begitu dikenali ketika itu apabila satu persatu dramanya mendapat rating yang baik. Impak daripada kes berkenaan juga, dia digugurkan daripada menjadi pengacara program Music Bank selain beberapa tawaran berlakon digugurkan serta merta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here