Penduduk Felda bina kereta api sambut keluarga balik kampung

0
417

KEBENARAN merentas negeri semestinya menggembirakan mereka yang sudah rindu kepada kampung halaman. Pastinya peluang ini digunakan untuk menjenguk ibu bapa dan sanak saudara.

Mereka yang di kampung pula sudah tentu membuat segala apa yang perlu bagi menyambut kepulangan anak-anak dan saudara mara yang lain.

Seorang penduduk di Felda Pasoh 3 Jempol Negeri Sembilan tular di laman TikTok kerana menonjolkan sisi kreatif dirinya apabila membuat projek kereta api bagi menyambut kepulangan anak-anak saudara yang pulang ke kampung.

Kereta api yang mendapat perhatian netizen di laman TikTok sehingga mencapai 552.7 ribu jumlah tontonan itu, diperbuat dengan menggunakan kenderaan pelbagai permukaan (ATV) sebagai kepalanya yang menarik beberapa tong air yang diubah suai menjadi tempat duduk.

Menerusi perkongsian beberapa video di akaun TikTok @ms.iela dan @akuso-lo memaparkan kereta api itu cukup meriah dengan gerabak berwarna-warni siap dihias dengan lampu kelip-kelip.

Tidak cukup dengan kanak-kanak, orang dewasa tidak kurang juga terujah menaiki kereta api tujuh gerabak buatan sendiri itu meronda satu kampung mereka.

Menurut pemilik video berkenaan yang menjawab pertanyaan di ruangan komen, kos bagi setiap satu gerabak dianggarkan RM700, dan jumlah kesuluruhan bagi ketujuh-tujuh gerabak itu adalah RM 4,900 tidak termasuk ATV.

Bercakap kepada portal Mstar, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Along Sahran berkata, ATV yang digunakan di dalam projek ini dibeli pada tahun lalu untuk kegunaan melakukan kerja di ladang kelapa sawit.

Bagaimanapun, dia menggunakan ATV berkenaan hanya beberapa kali ekoran ia tidak sesuai untuk dibawa ke ladang dan tersadai di dalam garaj sebelum mengambil keputusan untuk mengubah suainya menjadi keretapi memandangkan anak dan juga anak saudaranya ramai.

Menurutnya yang mempunyai anak seramai 9 orang dan 40 orang anak saudara itu, kereta api ciptaannya itu boleh membawa seramai 14 penumpang pada satu masa dengan kelajuan antara 30 hingga 40 kilometer sejam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan hasil tangan Along Sahran yang begitu kreatif sehingga membuatkan mereka turut teruja dan tertarik untuk menaikinya serta memuji kegigihannya untuk menggembirakan hati anak-anak saudara. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here