[VIDEO] Ebit Lew, keluarga bercuti di Switzerland

0
499

PENDAKWAH popular Ustaz Ebit Lew dilaporkan sedang meluangkan masa terindah bersama keluarga di Switzerland.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ebit selamat tiba di lokasi percutian itu selepas mendapat kebenaran kerajaan untuk merentas negara dan memenuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa berkaitan Covid-19.

Pendakwah berusia 36 tahun itu turut mengakui meluangkan masa bersama keluarga adalah saat terpaling indah dalam menjalani kehidupan.

“Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga.

“Peneman di dunia dan di sana insyaAllah. Semoga setiap langkah ini mendapat redha dan kasih sayangNya,” tulisnya di Instagram beliau.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut sama mendoakan kesejahteraannya semasa bercuti.

“Alhamdulillah semoga Ustaz dn keluarga diberi kasihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan” kata Norasmahan Malik.

“Alhamdulillah… semoga dipermudahkan semuanya & happy holiday ustaz n family” kata Din Tokwan.

“Syukur kpd Allah s.w.t dgn kurnia dan nikmatnya..semoga Ustaz dan family berada dalam lindunganNya dan dijauhi dari org2 yg berhasad dengki. Amin” titip Akmal Ahmad. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here