[VIDEO] Perhilitan tembak babi hutan merayau di jalan raya

0
524

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang menembak mati seekor babi hutan yang berkeliaran dan mengemparkan orang ramai sekitar Jalan Gurney, di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata terdahulu lima anggota Angkatan Pertahanan Awam cuba menangkap haiwan itu selepas menerima aduan orang awam mengenai kehadirannya di kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 9 pagi, namun gagal.

“Haiwan itu bertindak agresif dan terus lari ke jalan raya sebelum ke kawasan semak di belakang Tapak Penjaja Makanan Gurney, kami terus hubungi Perhilitan untuk bantuan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau Perhilitan memutuskan untuk menembak babi hutan itu kerana bimbang ia akan mengganggu dan membahayakan orang awam di kawasan berkenaan.

Terdahulu tular di media sosial gambar serta video seekor babi hutan di laluan pejalan kaki dan di jalan raya sekitar kawasan berkenaan, menggemparkan orang ramai yang berhampiran. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here