[VIDEO] Prank boleh jadi satu jenayah, dihukum penjara 2 tahun

0
442

TINDAKAN membuat prank atau acah-acah menggunakan aksi kekerasan seperti cubaan memukul, menampar, merupakan satu jenayah walaupun niat sebenar untuk suka-suka sahaja.

Menurut seorang peguam, Mufarwa Farid, kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Beliau mengulas tindakan seorang selebriti YouTube melakukan prank mengacah-acah untuk menampar individu-individu yang menaiki eskalator sehingga menyebabkan dua orang wanita berlari lintang pukang ketakutan.

Mufarwa berkata, mangsa-mangsa ‘prank’ YouTuber itu boleh membuat laporan polis.

Beliau menambah, tidak salah melakukan prank, tetapi ada had dan tidak membabitkan aksi menakut-nakutkan dengan perbuatan jenayah.

Susulan daripada perkongsian tersebut, orang ramai berang dengan tindakan YouTuber tersebut yang tidak menghormati mangsa sehingga menyebabkan mereka ketakutan.

“Dia ingat nampak cool gamaknya, padahal masyarakat sekeliling tengok bagai rubbish (sampah),” kata Muhd AsyraafAnuar.

“Kalau ada yg terkejut sakit jantung tak ke naya, kena pulak yang panas baran baru tahu langit tinggi ke rendah,” ujar Ammar Wafi.

“Demi sebuah content katanya. Nanti kat dalam (penjara), bolehlah buat content lagi. Haihhhh,” keluh Nur ‘Adnin Syamil.

Baru-baru ini, YouTuber berkenaan sudah membuat permohonan maaf tetapi orang ramai masih tidak dapat menerima permohonan maaf kerana kandungan yang dihasilkan oleh mereka sangat keterlaluan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here