4 sekawan didenda RM4,000 tawar pinjaman tidak wujud

0
547

EMPAT sekawan masing-masing seorang lelaki dan tiga wanita didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud minggu lalu.

Hukuman itu dijatuhi Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan terhadap tertuduh Lee Soon Ching, 21; Liew Hui Juan, 28; Connie Nam, 25, dan Ho Wei Lun, 33, di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda manakala barang kes turut diperintah dilupuskan.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa secara bersama-sama menawarkan pinjaman wang yang tidak wujud yang mana kesalahan itu dilakukan di B-11-03, Goodfield Resident, Jalan Bukit Minyak Permai 2, Bukit Mertajam kira-kira pukul 4.05 petang pada 7 Oktober lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal.manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ima Syakira.

Mengikut fakta kes, sebanyak 44 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung satu sindiket pinjaman wang tidak wujud sejak Januari lalu dengan anggaran kerugian RM401,815.32.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here