[VIDEO] Jom cuba 5 gaya bergambar dengan motosikal oleh pakar bahasa badan

0
1082

SEMPENA kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, SatuBerita ingin berkongsikan dengan anda tips untuk bergambar di atas motosikal ataupun basikal agar tampak lebih bergaya ketika anda berjalan-jalan mengambil angin.

Sudah tentu abang-abang motor sudah tidak sabar untuk melepaskan gian berkonvoi bersama rakan-rakan setelah berbulan-bulan tidak dapat melakukan aktviti berkenaan dan sudah mula terfikir-fikir untuk mengambil gambar yang tampak bergaya dan tidak nampak kaku.

Jangan risau kerana menurut Feast Magazine, Vertu Motorcycles menjemput pakar bahasa badan, Adrianne Carter bagi mendedahkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh anda ketika mengambil gambar bersama motosikal.

Petua yang perlu dipentingkan oleh anda adalah dengan menjaga ekspersi muka yang lebih bersahaja, santaikan postur badan anda, dan tidak mengambil gambar dalam jarak yang terlampau dekat.

Perkara yang perlu anda elak adalah melakukan senyuman yang terpaksa, mengambil gambar yang menampakkan anda termenung, menyilangkan tangan ke tubuh anda dan menyorokkan tangan.

Anda beruntung kerana Adrianne turut berkongsikan lima gaya yang boleh anda gunakan untuk mengambil gambar bersama jentera kesayangan anda dengan sempurna.

  1. Duduk di atas motor dan silangkan kaki anda ke bawah

Gaya ini mampu menampakkan anda mempunyai kawalan penuh ke atas motosikal anda, serta menonjolkan motosikal anda dengan lebih terperinci.

Lunjurkan dan silangkan kaki anda, letakkan sebelah tangan di atas hendal motosikal manakala letakkan sebelah lagi tangan anda ke atas paha.

Kemudian, dapatkan sudut yang rendah bagi menonjolkan ketinggian anda.

2. Toleh ke belakang bahu anda

Tolehan yang bersahaja boleh menjadi gaya yang stail jika di lakukan dengan betul.

Gaya ini sangat efektif sekiranya anda ingin menunjukkan motosikal tanpa menampakkan anda seorang yang sombong dan angkuh.

Posisikan kamera di belakang bahu anda, dan toleh ke arah belakang bahu tanpa mengabaikan kamera.

Adrianne menerangkan bahawa gaya ini memfokuskan ekspresi muka anda serta bahagian hadapan dalam motosikal anda dengan seimbang.

3. Dari hadapan motosikal anda

Anda bebas untuk melakukan gaya ini dengan bantuan rakan-rakan atau lakukannya sendiri menggunakan pemasa pada kamera atau telefon pintar anda.

Duduk di atas motor anda, dan silangkan tangan anda dengan santai ke atas hendal motosikal kemudian telengkan sedikit  kepala anda dan berikan senyuman yang lebar.

Arianne berkata, menunjukkan tangan anda di dalam gambar menunjukkan anda sedang tidak menyembunyikan apa-apa.

4. Pegang hendal motosikal

Gaya ini sesuai dengan latar belakang yang cantik bagi memberikan lebih ‘kick’ kepada gambar anda.

Gaya ini memerlukan anda untuk kangkangkan salah satu daripada kaki anda untuk menonjolkan postur badan yang lebih lebar dan pegang hendal motosikal seperti anda sedang menunggangnya.

Adrianne berkata, gaya ini akan menonjolkan sisi dominan anda dalam aspek bahasa badan.

5. Bertentang mata dengan kamera

Adrianne menjelaskan, kunci kepada gaya ini adalah dengan mempunyai keyakinan untuk memandang terus ke arah kamera.

Kepala anda perlu ditelengkan sedikit bagi melembutkan pertentangan mata anda sekaligus menonjolkan sisi mesra anda kepada mereka yang melihat gambar tersebut.

Sememangnya bergaya dihadapan kamera amat sukar kepada mereka yang kekok, malu atau tidak tahu bergambar namun, ia akan memberikan  hasil yang berbaloi jika anda tidak berputus asa dan terus mencuba.

Selamat mencuba dan selamat menunggang!–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here