Kenderaan masuk Kelantan meningkat 20 peratus – Polis

0
233


JUMLAH kenderaan memasuki Kelantan meningkat 20 peratus pada hari pertama kebenaran rentas negeri yang bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, banyak kenderaan dilihat memasuki negeri ini menerusi sempadan negeri yang terletak di Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau SJR Bukit Yong, Pasir Puteh petang ini beliau berkata 16 SJR telah ditutup di seluruh negeri sejak malam tadi, namun empat SJR iaitu dua di Gua Musang serta masing-masing satu di Jeli dan Pasir Puteh dikekalkan untuk penugasan mencegah penyeludupan dan aktiviti jenayah di bawah Op Benteng.

Sementara itu Shafien berkata, pihaknya menubuhkan 154 pasukan pemantau yang dianggotai 540 anggota pelbagai pangkat bagi memastikan rakyat negeri ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here