[VIDEO] Rentas negeri dibenarkan bermula esok

0
326

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari mengumumkan keputusan kerajaan untuk memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia merentas negeri bermula esok.

Keputusan itu diumumkan dalam sidang media khas dengan , berkata pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kebenaran untuk merentas negeri itu dibuat bagi menunaikan janji kerajaan yang akan membenarkan rentas negeri selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi COVID-19,” katanya.

“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah mencapai 90 peratus.

“Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau turut memberikan nasihat kepada semua rakyat supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran perjalanan rentas negeri yang diberikan.

Ini kerana, katanya langkah itu penting dalam usaha membantu negara ke arah pembukaan semula ekonomi dan persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely.

“Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak COVID-19 ini akan kembali meningkat.

“Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here