8,743 kes hari ini, turun lebih 1,000 jangkitan berbanding semalam

0
221

ANGKA jangkitan COVID-19 pada hari ini menurun lebih 1,000 jangkitan berbanding semalam apabila sebanyak 8,743 kes baharu dilaporkan di seluruh negara.

Angka tersebut menjadikan hari ini genap seminggu berturut-turut kes berada di bawah paras 10,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif setakat hari ini adalah sebanyak 2,332,221 kes.

Bagaimanapun, buat pertama kalinya Dr. Noor Hisham tidak memberi pecahan dan perincian jumlah kes mengikut negeri seperti kebiasaan.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa maklumat terperinci mengenai kes harian terbaharu COVID-19 akan dimuat naik ke laman web yang dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu COVIDNOW.

Sehingga artikel ini ditulis, pecahan mengikut negeri masih belum dikongsi dalam laman web tersebut.

Terdahulu sebanyak 9,751 kes dilaporkan di seluruh negara pada Jumaat dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,796 jangkitan dan diikuti Sarawak dengan 1,339 kes, Kelantan (1,052) dan Johor (864 kes).

Jangkitan COVID-19 mula menurun ke paras empat angka sejak hari Ahad lalu dengan 9,066 kes.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here