[VIDEO] ‘Ambil vaksin ya!’ – Azizulhasni rayu orang ramai ambil vaksin

Azizulhasni ajak rakyat Malaysia segerakan suntikan vaksin

0
528

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengajak rakyat Malaysia supaya segera mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sekiranya mahu menikmati lebih banyak kebebasan dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), seperti penduduk di Australia.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu berkongsikan suasana di sebuah pantai yang dipenuhi pengunjung di Melbourne, Victoria di Australia.

“Hi semua, ini Azizulhasni Awang (The Pocket Rocketman) seperti yang anda dapat lihat di belakang terdapat ramai orang berada di pantai,

“Ini adalah keadaan biasa di Australia dan tidak kira di mana pun, apabila matahari keluar orang ramai akan membanjiri pantai.” Katanya menerusi perkongsian Facebook miliknya.

Menurut Azizul, orang ramai di pantai tersebut sedang menikmati kelonggaran SOP yang diberikan selepas mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan keadaan itu dapat dilihat di sekitar pantai negara tersebut.

Tambah beliau, kelonggaran tersebut hanya dapat dinikmati melalui vaksin Covid-19 dan tiada jalan lain buat masa ini.

“Kenapa? ia mudah kerana mereka mahu menikmati matahari, berehat, berjumpa kawan dan sudah tentu untuk berseronok. Bagaimana ini dapat dilakukan?,

“Jawapannya mudah, hanya melalui vaksin. Vaksin merupakan solusi untuk Covid-19 pada waktu ini tidak kira anda suka atau tidak. Jadi untuk semua kawan-kawan dan peminat di Malaysia, ambillah vaksin, tidak tahu nak cakap macam mana lagi dah, ambil vaksin ya,” katanya dalam loghat Terengganu.

Ketika ini, hanya tinggal 1.2 peratus lagi untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap suntikan vaksin dan kelonggaran rentas negeri akan diberikan berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Seramai 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa telah pun menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here