[VIDEO] Polis tahan lelaki curi rakam video di tandas lelaki

0
543

TINDAKAN seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh mengintai dan merakam video pengguna tandas lelaki stesen minyak di satu Batu 3, Shah Alam, mengundang padah apabila ditahan polis, pagi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pada 2.25 pagi, kaunter aduan Balai Polis Subang Jaya menerima aduan daripada seorang lelaki berhubung tangkapan awam di stesen minyak itu.

Beliau berkata, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kemudian membuat tangkapan semula ke atas seorang lelaki berusia 37 tahun.

“Suspek ditahan orang awam yang hendak menggunakan tandas apabila didapati sedang merakam pengguna di tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbitnya.

“Hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek, didapati banyak rakaman video orang awam sedang membuang air kecil,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Abd Khalid berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihati supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang serta tidak berkelakuan melampaui batas. 

Terdahulu, SatuBerita melaporkan seorang lelaki mencuri rakam video di tandas lelaki sebelum dicekup oleh orang ramai. – SB

Berita berkaitan: [VIDEO] Lelaki kantoi curi rakam video di tandas lelaki

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here