[VIDEO] Permaisuri Selangor hadiahkan rantai berlian kepada anak Fazura

0
512

ALANGKAH bertuahnya anak pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya yang menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini.

Permaisuri Selangor menghadiahkan rantai tersebut bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama.

Menerusi InstaStory yang telah dimuat naik Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, dapat dilihat dia menerima sebuah beg kertas berwarna merah yang tertera nama Permaisuri Selangor.

Selain itu, Fatima turut menerima sekeping kad yang tertulis ucapan istimewa khas daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

“Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi,” tulis baginda  Tengku Permaisuri dalam kad tersebut.

Sehubungan dengan itu, Fazura menjunjung titah mengucapkan ribuan terima kasih kepada baginda Permaisuri Selangor diatas kurniaan tersebut.

Pelakon berkenaan juga turut menitipkan doa agar baginda Permaisuri terus dikurniakan kebahagian di dunia dan akhir.

Terdahulu, Fazura juga pernah menerima hadiah daripada Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here