Dera kanak-kanak autisme: wanita Singapura disambung reman 3 hari lagi

0
363

TEMPOH reman wanita warga Singapura yang sepatutnya tamat hari ini disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak lelaki autisme di pusat asuhan di Bandar Baru Ampang, Ampang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata reman terhadap suspek berusia 51 tahun yang juga pengurus pusat asuhan itu akan berakhir Jumaat ini.

“Reman suspek disambung tiga hari hingga 8 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952.

Semalam, lima saksi dipanggil bagi membantu siasatan kes dera berkenaan selepas suspek ditahan pada Sabtu lalu.

Mohamad Farouk dipetik berkata, mangsa kanak-kanak berusia enam tahun dihantar ke pusat asuhan itu oleh bapanya, seorang pengurus kargo berusia 36 tahun pada jam 8.45 pagi, Jumaat lalu.

Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu pada jam 12.45 tengah hari berkenaan ketika mengambil mangsa dan ternampak kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua mata anaknya.

Seorang guru di situ memaklumkan kesan kemerahan pada tepi dahi kiri mangsa itu didakwa berlaku akibat tindakan mangsa menghantukkan kepala pada meja atas alasan tidak mahu makan.

Bapa mangsa yang curiga dengan perkara itu kemudian menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan mendapati suspek bertindak kasar dengan mangsa apabila mangsa mengelak untuk makan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here