87.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

0
244

SERAMAI 20,513,168 individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 masing-masing, setakat semalam. 

Perkembangan terbaru itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa semakin hampir dan kini cuma berbaki 2.4 peratus sahaja. 

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.3 peratus atau 22,081,548 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, seramai 108,826 atau 3.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 206,574 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam, melibatkan 96,024 dos pertama dan 110,550 dos lengkap.

Statistik terkini itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,352,079 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feberuari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Program itu dimulakan ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran lebih awal daripada jangkaan asal.

Sementara itu, 14 kes kematian harian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan satu daripada jumlah itu membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,683. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here