[VIDEO] Hati-hati tegur pemandu degil di jalan raya

0
2673

BERHATI-HATI menegur sikap pemandu lain di jalan raya. Peringatan itu disuarakan Pengasas Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia (MANGSA), Azlan Sani Zawawi selepas tersebar video seorang pemandu Myvi membuang kotak rokok di atas jalan raya.

Kejadian itu berlaku pada Khamis lalu, ketika pemandu terbabit terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dan perbuatannya dirakam pemandu lain sebelum tular di media sosial.  

Video yang berdurasi 20 saat itu mendapat perhatian dan pujian netizen kerana tindakan berani lelaki yang ‘mengajar’ pemandu tidak bertanggungjawab demi menjaga kebersihan dan keselamatan jalan raya.

Azlan yang popular dengan gelaran Lando Zawawi menegaskan, tindakan ‘mengajar’ pemandu yang tidak bertanggungjawab itu adalah tindakan yang betul, tetapi harus berhati-hati dengan tindak balas mereka. 

“Ianya satu pengajaran yang baik tetapi ianya juga merisikokan diri sendiri kerana kita tidak mengenali individu di jalan raya. 

“Kita tidak tahu sama ada orang itu penjenayah ke atau mempunyai senjata berbahaya jadi saya menasihatkan supaya orang ramai untuk berhati-hati,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Selain itu, Lando turut berpendapat bahawa pihak kerajaan harus mengenakan denda yang lebih tinggi kepada individu yang tidak bertanggungjawab ini supaya dapat mengelakkan kejadian seperti ini terjadi lagi.

Mengulas lanjut, Lando menegaskan bahawa apa yang penting adalah kesedaran diri sendiri semasa di jalan raya.

“Yang paling terbaik adalah kesedaran diri sendiri tetapi kalau tidak boleh juga maka pihak kerajaan perlu masuk campur dengan undang-undang yang lebih tegas,” katanya.

Beliau juga menasihatkan supaya kempen-kempen keselamatan di jalan raya harus dijalankan dengan lebih meluas terutamanya kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan kerana sudah tidak banyak kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang dianjurkan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here