Allahyarham sangat tepati masa

0
337

ANAK saudara bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong, Fauzan Ghazalli menyifatkan bapa saudaranya itu sebagai seorang yang amat menepati masa.

Fauzan yang masih terkejut dengan pemergian Allahyarham, turut menyatakan bapa saudaranya itu amat menyukai bayi dan kanak-kanak selain rapat dengan kaum keluarga yang lain.

“Dengan keluarga, dia seorang yang sukakan budak dan dia seorang yang menepati masa walaupun dengan keluarga sekali pun. Kalau dia kata pukul 9, memang pukul 9. Dia sememangnya seorang yang menepati masa,” kata Kata Fauzan ketika ditemui di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, hari ini.

Fauzan, 26, adalah antara individu awal yang mengesan mengenai ‘ketiadaan’ Zolkples sebelum membuat keputusan ke rumah bapa saudaranya bersama-sama beberapa beberapa staf Majlis Sukan Negara (MSN) itu di Pandan Indah, pagi tadi.

Mereka bersama pihak berkuasa kemudian memecah masuk kediaman sebelum mendapati Allahyarham terbaring tidak sedarkan diri di ruangan dapur.

“Saya yang panjat (di rumah Allahyarham) bersama kawan dan pecahkan pintu sebelum mencari di bahagian dapur sebelum mendapati arwah sudah terbaring tidak sedarkan diri,” katanya yang bertugas sebagai pegawai bank.

Fauzan antara anak saudara yang rapat dengan Allahyarham dan setiap sebulan sekali dia akan menjenguk bapa suadaranya itu untuk memotong rambut arwah.

“Saya setiap bulan memotong rambut arwah, namun apabila menelefonnya semalam, ia tidak dijawab malah (panggilan) pembantu peribadinya juga tidak dijawab.

“Jadi kami membuat keputusan memecah masuk rumahnya bersama polis dan dapati dia sudah terbaring,” katanya yang turut mengulas mengenai keperibadian bapa saudaranya itu.

“Dia dengan staf sendiri (sebelum ini baik) dan sekarang ini pun masih ada yang mengambil berat mengenai dirinya. Alhamdulillah.”

Allahyarham, anak keenam daripada tujuh adik beradik dan pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah MSN dari 2007 hingga 2014 akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun, malam ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here