DBKL tangguh larangan jual minuman keras

0
250

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menangguhkan penguatkuasaan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang tidak membenarkan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina bermula esok.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan garis panduan yang berkuat kuasa 15 November tahun lalu dan dimuat naik di laman sesawang mereka, yang menyatakan penjualan liquor di tiga premis itu tidak dibenarkan mulai tarikh itu.

“Walau bagaimanapun, larangan ini ditangguhkan bagi tempoh satu bulan mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Menurut kenyataan itu lagi, kemudahdapatan dan aksesibiliti liquor sudah menjadi aduan dan bantahan kerana ianya mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan orang ramai.

“Pada masa ini pemilik LMK runcit masih dibenarkan menjual minuman keras jenis liquor di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat cina sehingga 31 Oktober ini,” kata kenyataan itu.

“Penangguhan ini bertujuan untuk memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan liquor di Kuala Lumpur,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here