[VIDEO] Puting beliung hentam Port Dickson

0
563

SATU kejadian puting beliung berlaku di Taman Bagan Kurnia, Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan, pagi tadi yang turut mengakibatkan kerosakan beberapa rumah di taman berkenaan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Taman Bagan Kurnia, Awang Ahmad Awang Hussin, 59 berkata, kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu adalah yang pertama berlaku di kawasan terbabit dan turut merosakkan atap beberapa rumah penduduk kampung.

“Kali pertama jadi kejadian puting beliung macam ini dan kami tidak pernah melihat angin sebegitu kuat. Buat masa ini, kami sedang memeriksa rumah yang rosak dan minta mereka mengambil senarai nama.

“Kami akan mengadakan laporan polis terlebih dahulu dan saya dimaklumkan ada beberapa rumah yang agak teruk dipukul angin lebih lima minit tadi,” katanya menurut laporan Kosmo, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi tadi, satu kejadian puting beliung berlaku sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk rosak teruk. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here