TikTok ada lebih 1 bilion pengguna aktif

0
481

SYARIKAT TikTok berkata, mereka kini mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif, hanya empat tahun setelah aplikasi perkongsian video itu dilancarkan gergasi teknologi China, ByteDance.

Memetik laporan variety.com, aplikasi yang sudah popular sebelum pandemik COVID-19 itu mendapat perhatian besar ekoran sekatan pergerakan dan penutupan sekolah serta tempat kerja.

Pentas video itu memperoleh lebih 300 juta pengguna baru sejak Julai 2020, kali terakhir syarikat itu melaporkan jumlah pengguna.

Bermula dengan prinsip asal video 15 saat, TikTok kemudian menaikkan had masa kepada tiga minit pada awal Julai untuk menarik penonton lebih luas dan bersaing dengan YouTube.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TikTok, Vanessa Pappas, seluruh penduduk dunia kini menikmati apa yang disajikan di platform berkenaan.

“Pengguna seluruh dunia menggunakan TikTok untuk mencari hiburan, inspirasi, mencari sesuatu yang baharu seperti muzik, sukan, seni, budaya, fesyen, DIY dan pelbagai lagi,” katanya melalui rakaman video.

Anak syarikat Google pula melancarkan YouTube Shorts untuk bersaing dengan TikTok dalam segmen format pendek.

Namun, TikTok masih ketinggalan jauh di belakang YouTube, yang mendakwa mempunyai 2.3 bilion pengguna aktif tahun lalu.

Facebook pula melaporkan mempunyai 2.9 bilion pengguna aktif pada hujung Jun 2021. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here