Peguam Negara terima kertas siasatan kehilangan wang USD6.94 juta

0
268

JABATAN Peguam Negara (AGC) telah menerima kertas siasatan berhubung kes berkaitan kehilangan wang US$6.94 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan kes berkenaan semalam.

“Bahagian pendakwaan akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh kertas siasatan tersebut sebelum membuat keputusan sama ada untuk membuat pertuduhan atau mengeluarkan arahan untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Pada 23 Sept lepas, Bernama melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil tiga pegawai kanan SPRM yang sebelum ini direman selama enam hari oleh SPRM bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya juga akan memanggil pemilik wang berkenaan, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here