Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

0
354

PENYANYI dan komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir kehilangan ayah tercinta yang juga pendorong utama kariernya, Dr. Mohammad Tahir Abdul Rahman selepas disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi anaknya Anas Tahir yang juga penyampai radio Zayan menerusi catatan di akaun Instagram miliknya hari ini.

Selain itu, seorang lagi anak Allahyarham, Fazli Tahir turut berkongsi berita sedih itu di akaun Facebook miliknya dengan menyatakan bapanya meninggal dunia pada pukul 3.40 pagi tadi.

Untuk rekod, Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis Aqsa Syarif, sebuah badan NGO yang memperjuangkan bumi Palestin dan negara Arab yang bergolak.

Sementara itu, Faizal Tahir yang terkesan dengan berita ini telah memuat naik satu foto gelap dengan kapsyen ‘Innalillahiwainailahirajiun’ tanpa sebarang perkongsian lain. 

Al-Fatihah dan salam takziah buat Faizal dan seisi keluarga – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here