10,317 individu muflis sepanjang PKP, Selangor tertinggi

0
245

SERAMAI 10,317 individu diisytihar muflis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020 hingga Julai lalu, akibat pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Selangor merekodkan jumlah individu tertinggi diisytihar muflis iaitu seramai 2,555 orang.

Katanya, Wilayah Persekutuan pula mencatatkan seramai 1,288 orang.

“Jumlah kes kebankrapan mengikut bilangan individu yang muflis dari Mac 2020 hingga ke Julai 2021 adalah sebanyak 10,317 kes,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah syarikat gulung tikar dan data pekerja diberhentikan serta bantuan disalurkan kepada pengusaha yang menamatkan perniagaan dan individu yang kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh PKP.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, sebanyak 1,246 syarikat turut gulung tikar sepanjang tempoh berkenaan namun MdI tidak mempunyai rekod mengenai jumlah pekerja yang diberhentikan sepanjang tempoh PKP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here