[VIDEO] Dipecat, dikecam sebab tolak vaksin

0
368

SUDAHLAH jatuh ditimpa tangga itulah yang boleh dikatakan terhadap nasib seorang wanita yang dipecat majikan kerana enggan mengambil vaksin.

Nasib malang wanita berkenaan berterusan apabila dia memuat naik surat pemecatannya itu ke akaun TikTok miliknya.

Selain itu, di ruangan kapsyen hantarannya itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada syarikatnya kerana memberhentikannya walaupun sudah berkhidmat selama 10 tahun, hanya kerana belum mendapatkan suntikan vaksin.

Hantaran videonya itu telah mendapat kecaman daripada pengguna TikTok yang rata-ratanya mempersalahkan dirinya kerana menolak vaksin.

Malah ada yang mengatakan tidak mengambil vaksin itu hak dia tetapi pemecatannya adalah hak majikannya.

“Awak ada hak untuk taknak vaksin, syarikat ada hak untuk taknak awak” kata seorang pengguna TikTok di ruangan komen.

“Dalam Akta buruh ada sebut jika berkait Akta Penyakit Berbahaya, majikan berhak memberhentikan pekerja itu. Tak membaca ke? Ke tak tahu?” tanya seorang pengguna TikTok.

Laporan media sebelum ini menyebut, pekerja yang enggan menerima vaksin masih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 walaupun tiada akta khas berkaitan vaksinasi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, AKKP 1994 merupakan akta yang memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan tidak mengancam kesihatan pekerja.

Menurutnya, tindakan pekerja tidak mahu mengambil vaksin boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja lain di tempat mereka bekerja. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here