[VIDEO] Rakyat tetap sayang Abah

0
421

WALAUPUN sudah tidak bergelar Perdana Menteri, namun dapat dilihat masih ramai yang tetap sayang terhadap Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Menerusi perkongsian video Tiktok dari pemilik akaun friendsofmuhyiddin, dapat dilihat Muhyiddin yang turun padang untuk bertemu dengan rakyat mendapat sambutan daripada orang ramai.

Malahan, ada satu keluarga yang sanggup menunggu beliau di luar kedai makan semata ingin bergambar dan berborak bersamanya.

Selain itu, Muhyiddin juga turut sempat melawat beberapa gerai lain di sekitar kawasan Pagoh untuk menyantuni peniaga peniaga kecil di kawasan tersebut.

Rata-rata netizen juga turut memberikan komen positif terhadap video tersebut.

“Pembela nasib rakyat terbaik abah,” kata asnizaas.

“Pemimpin berjiwa rakyat

terbaik abah,” kata Nor Zuliani82

“Alhamdulillah amin abah memang terbaik dan dekat di semua rakyat marhaen macam kami,” kata sandeejimmy. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here