Maqis rampas 200 kg putik bunga kering dari India

0
234

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 200 kilogram (kg) putik bunga kering ke negara ini tanpa dokumen dan permit import yang sah.

Produk pertanian dari India itu dirampas ketika pemeriksaan rutin jabatan berkenaan di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam (DAD), Butterworth pukul 5.55 petang semalam.

Maqis rampas 200 kg putik bunga kering dari India

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, putik bunga asam Belanda kering atau Hibiscus Roselle dan daun Moringa kering yang dianggarkan bernilai RM5,009 disita untuk siasatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” demikian menurut kenyataan itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here