[VIDEO] Semakin berisi, netizen teka Neelofa hamil

0
506

BETUL ke Neelofa hamil?. Spekulasi kehamilan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, 32 tahun, sekali lagi menjadi topik hangat dalam kalangan peminat.  

Meskipun tuan badan masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai berita gembira itu, rata-rata peminatnya sudah teruja menantikan perkembangan terkini yang dikongsi Neelofa di media sosial. 

Spekulasi Neelofa mengandung mula tular di media sosial, lebih-lebih lagi apabila artis ini memuatnaik gambar baharu di Instagram rasmi miliknya yang seolah-olah menampakkan beliau hamil.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mendakwa bekas pengacara rancangan MeleTOP tersebut hamil kerana ternampak perubahan saiz fizikal terutama pada bahagian perut.

“Pregnant? Kalau betul, alhamdulillah,” kata @aishahradhiahadanan di ruangan komen.

“Comel nya mummy preggy ni sorang,” ujar @puteri.milia.

Malah, ada juga yang menitipkan doa kerana perubahan fizikal itu sekali gus menguatkan lagi andaian peminat bahawa selebriti kesayangan mereka itu kini sedang berbadan dua.

“Semoga ibu dan anak sihat, amin,” kata @suzanna.suhail.

Pada Julai 2021, Neelofa atau mesra disapa Lofa pernah beberapa kali dikatakan sedang hamil oleh peminatnya selepas dilihat kerap memegang dan mengusap perutnya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram.

Paling ketara, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz itu dilihat memegang dan mengusap perutnya berulang kali kerap duduk kerana dipercayai keletihan kerana berdiri. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here