Kes positif Covid-19 terus menurun kepada 14,990

0
319

KES baharu COVID-19 di seluruh negara terus menurun kepada 14,990 kes hari ini berbanding 15,759 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter memaklumkan dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes di negara kini sebanyak 2,142,924 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712) dan Kelantan (1,573).

Turut mencatatkan kes COVID-19 melebihi 1,000 kes ialah Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

Lima negeri lagi merekodkan kes COVID-19 tiga angka iaitu Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170), manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 97 dan 30 kes, serta Labuan (tiga kes).- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here