Dua pemancing dipercayai lemas

0
258

DUA lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Jeti Mados Kampung Air Putih, Kota Tinggi, Johor, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi yang juga Ketua Zon 2, Al Hasra Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.47 malam tadi.

Katanya kedua-dua yang masih hilang itu dikenali Ramdan Sulaiman, 50 dan Amiruddin Abdul Malik, 53.

“Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mangsa dipercayai sedang memancing ketika kejadian dan dipercayai lemas selepas hanya bot mereka sahaja ditemui.

“Jarak bot yang ditemui daripada jeti dianggarkan 400 meter dengan kedalaman air 15 meter.

“Bomba membuat ‘surface searching’ dibantu pasukan Polis Marin. Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM negeri Johor telah berada di lokasi bagi menjalankan pencarian di lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat yang masih berjalan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here