Kes baharu Covid-19 kembali meningkat

0
193

KES COVID-19 di Malaysia meningkat hari ini kepada 15,759 kes selepas lima hari berturut-turut mencatatkan trend penurunan dengan semalam merekodkan 14,345 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam hantaran menerusi akaun Twitter beliau memaklumkan, Sarawak mencatat kes tertinggi hari ini dengan 3,732 kes diikuti Johor (1,959), Selangor (1,934) dan Pulau Pinang (1,417).

“Tiga negeri lagi yang mencatat kes COVID-19 melebihi 1,000 kes ialah Kelantan (1,338), Sabah (1,291) dan Perak (1,184),” katanya. 

Berikut adalah pecahan kes baharu Covid-19 bagi setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,934 (661,608)
Sabah – 1,291 (188,123)
Sarawak – 3,732 (187,131)
WPKL – 359 (183,530)
Johor – 1,959 (182,338)
Kedah – 786 (127,544)
Pulau Pinang – 1,417 (121,373)
Kelantan – 1,338 (104,757)
Negeri Sembilan – 127 (95,883)
Perak – 1,184 (93,354)
Pahang – 707 (58,403)
Melaka – 264 (55,420)
Terengganu – 592 (49,336)
WP Labuan – 12 (9,934)
WP Putrajaya – 34 (5,926)
Perlis – 23 (3,274)

  • SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here