[VIDEO] Cukuplah ancam saya – Caprice akan buat 50 laporan polis

0
555

PENYANYI rap kontroversi, Ariz Ramli, 33, atau lebih dikenali sebagai Caprice, akan membuat lebih 50 laporan polis bermula hari ini, selepas mendakwa dia diugut dan diancam di media sosial.

Caprice yang juga seorang usahawan meminta segelintir pihak yang melakukan tindakan itu supaya segera menghentikan semua jenis ugutan dan ancaman terhadap dirinya.

Sebaik saja tamat tempoh kuarantin hari ini, dia perlu segera membuat laporan polis selepas mendakwa menerima lebih 60 kes ugutan bunuh daripada individu tidak dikenalinya. 

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), saya keluar esok (hari ini). Minggu ini ada lebih 50 laporan polis perlu dibuat. Pentaksub ikut agamawan, tetapi perangai syaitan macam mana itu.

“Cukuplah dengan ancaman, ini bukan gurauan. Kalau betul-betul tidak puas hati dan nak sangat tunjuk belang, buat sahaja kerja. Kami sentiasa bersedia,” katanya menerusi Instastory.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu menegaskan ancaman yang diterimanya bukanlah satu gurauan atau perkara yang melucukan.

“Mungkin untuk segelintir orang, ugutan bunuh, cabar jangan masuk Penang, Pahang atau nak tunggu depan pejabat, perkara lawak. Tidak, ia bukan lucu. Ini dibuat oleh pengguna akaun sebenar.

“Mungkin kalau kamu semua atau keluarga dapat satu ugutan, pasti akan marah juga. Sejak orang itu fitnah kita sampai satu Malaysia kecoh, hari-hari Caprice terima ugutan. Tunggu, tidak lama lagi ini.

“Apabila kebenaran sudah keluar, saya harap anda semua mengatur Google Map atau Waze untuk cari kita di Padang Masyar nanti. Kerana, di dunia, yang berani ugut, kita ada undang-undang,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Caprice menerima banyak mesej berbaur ugutan dalam Instagram disebabkan rasa tidak senang dengan pendekatan yang digunakan aktivis kemanusian itu lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan. 

Bahkan, Caprice juga terbabit dalam kontroversi dengan pendakwah bebas, Ebit Lew dan dikehendaki PDRM bagi membantu siasatan kes berkenaan, yang berlaku ketika kedua-duanya menyertai misi kemanusiaan di Palestin – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here