77.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19

0
262

SEBANYAK 77.5 peratus atau 18,135,561 populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan individu yang lengkap satu dos vaksin pula sudah mencecah 92.9 peratus atau 21,861,904 orang.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 39,923,416 dos.

“Mengikut peratusan populasi keseluruhan, sebanyak 66.9 peratus mendapat dos pertama, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino. Manakala 55.5% lengkap dos kedua,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 238,002 dos semalam dengan 75,986 adalah dos pertama manakala 162,016 dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here