Guru tolak vaksin ditempatkan di kawasan khas

0
265

PARA guru yang menolak suntikan vaksin tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di kawasan khas di sekolah berasingan daripada rakan sekerja dan murid yang sudah divaksinasi apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka pada 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, selain itu, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti jenis tindakan susulan yang boleh dikenakan ke atas kumpulan guru terbabit menerusi konteks peraturan dan tatacara perkhidmatan awam.

Pun begitu, jenis tindakan terhadap guru-guru terbabit belum dimuktamadkan.

Beliau turut memaklumkan, data rekod KPM menujukkan hampir 2,500 guru telah dikenal pasti enggan divaksinasi tanpa alasan kesihatan.

“Angka ini diperoleh selepas kita tolak jumlah guru yang belum boleh divaksin atas alasan kesihatan.

“Secara umumnya, mereka juga tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di kelas, selain perlu membuat tugasan yang akan ditentukan kemudian,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Wisma Pertahanan, pada Rabu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here