Pemain JDT boleh didenda RM40,000 jika salah guna media sosial

0
250

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim amat menitikberatkan aspek disiplin dalam kalangan pemain bagi menjaga etika dan tatatertib mereka di dalam dan luar padang.

Justeru, Tunku Mahkota Johor mendedahkan bahawa seseorang pemain boleh dikenakan denda sebanyak RM40,000 sekiranya menyalahgunakan sosial media sehingga boleh mencemarkan nama JDT selain didenda RM15,000 sekiranya lambat hadir menjalani latihan.

Tegas Tunku Ismail, undang-undang dan polisi yang diperkenalkan kelab itu bagi memastikan tahap disiplin dan etika pemain sentiasa berada pada tahap terbaik.

Tunku Ismail mendedahkan pemain JDT boleh didenda sekiranya memberikan nama buruk terhadap kelab bola sepak itu menerusi media sosial

“Kalau pemain salah guna media sosial, denda RM40,000, ini termasuk dalam kontrak mereka. Kalau lewat ke sesi latihan, denda RM15,000, tiada istilah main-main di JDT.

“Isteri salah guna media sosial yang boleh mencemarkan nama kelab, pemain juga boleh dikenakan denda. Kalau jurulatih lewat, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan.

Tunku Ismail ketika ditemu bual dalam rancangan Bola@Mamak malam tadi

“Kalau gaji tak cukup, (pemain) berhutang,” kata Tunku Ismail dalam rancangan Bola@Mamak, malam tadi.

Tunku Ismail memberitahu, Akhyar Rashid antara pemain yang pernah dikenakan denda RM15,000 kerana lambat hadir ke pusat latihan. – JT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here