Pekerja binaan Bangladesh maut dihempap besi perancah

0
269

SEORANG pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas dihempap besi perancah di tapak projek pelupusan sampah di Tanah Merah, di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa Shonamoni Ghosh, 38, yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa di klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pemeriksaan awal mendapati kes itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah dan dilaporkan sebagai kemalangan di tempat kerja.

“Siasatan awal di aras lapan di tapak projek tersebut mendapati lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dihempap besi ‘scaffolding’ yang mempunyai muatan ‘metal deck’. 

“Hasil ‘swab test’ pertama dijalankan ke atas lelaki berkenaan adalah negatif,” katanya dalam kenyataan, hari ini dan mengesahkan, mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan luaran.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here